Terminal SATCOM multi-orbit baharu ini memperluas keupayaan untuk operasi autonomi, mobiliti perintah dan kawalan, serta operasi mobiliti industri berkelajuan tinggi
Menawarkan ketahanan terbaik dalam kelasnya dengan reka bentuk bersaiz kecil, perumah lasak, keupayaan menyingkirkan air dengan pantas dan penarafan IP yang tinggi
REDMOND, Washington, March 25, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) — Kymeta Corporation, pengeluar terminal satelit panel rata yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan pelancaran Kestrel™ u5 – terminal SATCOM multi-orbit yang paling kecil dan paling berkeupayaan. Ia direka khusus untuk sektor sistem tanpa pemandu dan keselamatan negara, serta operasi mobiliti industri berkelajuan tinggi, di mana pendedahan kepada cuaca, getaran dan pergerakan berterusan sering mencabar kebolehpercayaan sambungan.
Kestrel™ u5 menyediakan cara baharu dan boleh dipercayai untuk anggota tentera moden dan pasukan kerajaan kekal berhubung serta menyesuaikan diri dengan pelbagai profil misi, menawarkan sambungan tanpa gangguan (pertukaran antara pancaran dalam kurang daripada 1 milisaat) merentasi rangkaian, konstelasi, serta orbit LEO, GEO, HEO dan Elliptical. Direka untuk menyokong evolusi pesat landskap teknologi, terminal lasak ini menawarkan keupayaan sedia masa hadapan, termasuk fungsi dupleks penuh serta sokongan untuk kemas kini jarak jauh.
Dibina khusus untuk operasi di darat dan laut, Kestrel™ u5 menawarkan penyelesaian menyeluruh untuk sistem tanpa pemandu serta platform lain. Reka bentuk ringan, berprofil rendah dan lasak terminal ini telah direkayasa untuk memenuhi tuntutan sengit peperangan moden, di mana faktor seperti pergerakan berterusan, gangguan RF serta kerosakan akibat hentakan sentiasa mengancam integriti sistem sambungan.
Fleksibel dan mudah dipasang, terminal ini menggunakan seni bina tanpa bahagian bergerak yang boleh dipasang dengan mudah di atas kapal laut tanpa pemandu dan kenderaan generasi baharu yang lain. Reka bentuk berasaskan ketahanan ini menggabungkan penyerapan hentakan serta teknologi radome yang sedang dipatenkan untuk kelajuan pengaliran air yang optimum, di samping keupayaan menahan dan pulih daripada tempoh tenggelam di dalam air. Ini membolehkan prestasi tinggi yang konsisten dan sambungan terjamin dalam persekitaran operasi yang paling ekstrem.
Dengan ciri kritikal Kebarangkalian Rendah Pengesanan/Pemintasan (LPD/LPI), Kestrel™ u5 menampilkan jejak haba terbaik dalam kelasnya, diperkukuh oleh penggunaan kuasa rendah (kurang daripada 100 W secara tipikal) serta sistem penyejukan pasif. Untuk memaksimumkan kelebihan daya tahan, penggunaan permukaan antena berasaskan metamaterial unik Kymeta menghasilkan pancaran sempit (narrow beam), sekali gus mengurangkan risiko gangguan atau interferens RF.
Tom Goebelbecker, SVP National Security Programs di Kymeta berkata, “Evolusi peperangan moden telah mendedahkan keperluan mendesak untuk penyelesaian sambungan yang tahan lasak dan bersedia untuk konflik. Senario konflik kini lebih dipacu data dan saling berhubung berbanding sebelum ini. Akibatnya, bagi pejuang moden, kehilangan akses kepada komunikasi masa nyata dan data tepat boleh menjadi perbezaan antara kejayaan dan kegagalan operasi kritikal.”
“Dengan Kestrel™ u5, kami telah membawa ke pasaran satu penyelesaian sambungan yang memenuhi tuntutan utama medan perang yang kian berkembang pesat. Dengan pendekatan berbilang rangkaian terhadap sambungan LEO dan GEO, terminal ini mengambil langkah proaktif terhadap masa henti, beralih dengan lancar merentasi rangkaian serta membolehkan komander menggunakan pelan PACE berlebihan. Keupayaan multi-orbit inovatif ini dilindungi oleh lapisan luar terminal yang lasak. Dan sambungan canggih serta bentuk fizikal lasak ini disampaikan dalam pakej dengan SWaP-C yang tiada tandingan. Semua faktor ini bergabung untuk memberikan keupayaan SATCOM baharu sepenuhnya yang bakal mengubah cara pasukan teragih berhubung, memerintah dan bertahan.”
Untuk aplikasi komersial seperti rel dan industri berat lain termasuk pembinaan, perlombongan dan peralatan pertanian, Kestrel™ u5 boleh dipasang dengan mudah di atas gerabak kereta api serta kenderaan lain. Terminal ini menyampaikan sambungan dwi-dupleks penuh pada rangkaian LEO dengan latensi rendah, kelajuan jalur lebar serta perjanjian tahap perkhidmatan (SLA) yang fleksibel, semuanya dalam terminal yang diperakui untuk kegunaan rel dengan penarafan IP tinggi (IP69K dan IP68) bagi ketahanan serta kebolehpercayaan. Keupayaan bertukar antara LEO dan GEO turut disokong sebagai pilihan tambahan untuk pelanggan perusahaan.
Dengan Kestrel™ u5, penumpang harian kini boleh bergantung pada Wi-Fi selamat tanpa gangguan, manakala pengendali boleh memperoleh komunikasi operasi yang boleh dipercayai, backhaul CCTV serta sistem keselamatan seperti Positive Train Control, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Terminal tersebut kini boleh ditempah, dengan unit pengeluaran dijangka tersedia pada bulan hadapan. Penyediaan yang lebih meluas dijangka selepas tempoh pelepasan awal ini, selaras dengan usaha Kymeta yang terus meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat.
Untuk maklumat lanjut, layari KymetaCorp.com.
Perihal Kymeta:
Kymeta merevolusikan komunikasi satelit melalui Intelligent Communications Platforms (ICP). Ditubuhkan pada 2012 dan beribu pejabat di Redmond, Washington, Kymeta memanfaatkan sains metamaterial termaju untuk mereka bentuk, mengeluarkan dan menyampaikan sambungan tahan lasak serta kesedaran situasi yang dipertingkatkan untuk aplikasi mudah alih kritikal. Disokong oleh paten Amerika Syarikat dan antarabangsa, antena panel rata dengan kawalan elektronik kami membolehkan komunikasi tanpa gangguan ketika bergerak. Dengan penyelesaian berasaskan perisian, keupayaan multi-rangkaian hibrid serta pemprosesan edge, kami mengintegrasikan rangkaian satelit dan selular, memastikan sambungan berterusan dalam persekitaran yang mencabar. Penyelesaian Kymeta berkhidmat untuk pelanggan kerajaan, tentera, maritim, pengangkutan dan keselamatan awam di seluruh dunia, menyediakan sambungan yang lancar serta kecerdasan spatial di mana sahaja, pada bila-bila masa. Dengan lebih 150 paten, Kymeta membentuk masa depan komunikasi global, berdedikasi untuk menyampaikan sambungan yang boleh dipercayai, cekap serta pintar untuk dunia yang semakin mudah alih dan saling berhubung.
Kymeta ialah syarikat persendirian yang berpusat di Redmond, Washington.
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di:
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/55722187-9196-481d-a8fa-10c87e127110
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/40bc03f7-2edc-4f56-8f99-891fb5f36661
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/a182e189-ad14-4049-a7ef-a2ce49cfddba

