BARCELONA, Sepanyol, Oct. 11, 2023 (GLOBE NEWSWIRE) — Smart City Expo World Congress (SCEWC), persidangan antarabangsa untuk penyelesaian bandar dan urban pintar, dianjurkan oleh Fira de Barcelona, akan mengadakan edisi terbesarnya pada 2023. Diadakan dari 7hb sehingga 9hb November, tema acara tersebut ialah “Selamat Datang ke Era Urban Baharu” dan dijangka untuk memecahkan rekod dengan 55% peningkatan ruang lantai pameran dan 20% pertambahan kehadiran berbanding tahun-tahun lepas. Lebih daripada 1,000 pempamer, 25,000 perwakilan, dan wakil daripada lebih 800 bandar dan 140 negara dijangka untuk datang ke Barcelona.
SCEWC ialah pameran global untuk penyelesaian dan projek urban berinovatif memfokuskan kepada pengubahan bandar menjadi ruang yang lebih lestari, efisien dan sesuai didiami. Bagi mencapai matlamat ini, kongres akan menstrukturkan programnya kepada lapan trek utama: Mendayakan Teknologi, Tenaga & Persekitaran, Mobiliti, Tadbir Urus, Kehidupan & Rangkuman, Ekonomi, Infrastruktur & Bangunan, Keselamatan & Keterjaminan dan Ekonomi Biru.
Acara tersebut akan menonjolkan barisan 600 penceramah, termasuk tokoh terkenal seperti saintis komputer dan pakar dalam bias algoritma Margaret Mitchell, peguam khusus AI Micaela Mantegna, dan pakar pembangunan lestari Claire O’Neill, bekas Menteri Tenaga & Pertumbuhan Bersih.
Airbnb dan FC Barcelona, ucaptama
Antara sorotan SCEWC ialah ucaptama daripada Airbnb dan FC Barcelona. Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Strategi Airbnb, Nathan Blecharczyk, yang akan membincangkan cara syarikat tersebut menghadapi masa depan dan membantu menangani pelancongan rasak melalui ciri baharu untuk membantu memencarkan tetamu dan manfaat di seluruh Eropah.
Wakil FC Barcelona akan menjelaskan cara kelab tersebut menerajui transformasi persekitaran stadiumnya untuk menakrifkan semula pola struktur urban melalui infrastruktur dan kelestarian dipertingkatkan dengan matlamat untuk membina mercu tanda bandar baharu dan menambah baik kualiti kehidupan untuk penduduknya.
Tambahan lagi, ruang lantai pameran SCEWC telah habis ditempah, oleh syarikat seperti WS, Aramco, Axis, Cisco, Dassault Systemes, Dell, Deloitte, FCC, Honeywell, Microsoft, Nvidia, PWC, Roshn, Siemens, Smart Ports: Piers of the Future, dan Veolia.
Acara ini juga akan mempamerkan pavilion daripada bandar dan negara termasuk Brazil, China, Estonia, India, Israel, Itali, Jepun, Jerman, Korea, Mexico, Nordik, Perancis, Poland, Portugal, Arab Saudi, and AS, antara yang lain-lain.
SCEWC akan ditonjolkan di tiga lokasi yang dikongsi bersama, Tomorrow.Building, Tomorrow.Mobility, dan Tomorrow.BlueEconomy, yang memfokuskan topik khusus seperti pembinaan, pengangkutan, dan peluang lautan untuk bandar pesisir, seterusnya memantapkan kedudukan Barcelona sebagai hab global untuk penyelesaian inovatif dan urban.
Untuk pertanyaan media sila hubungi:
Salvador Bilurbina
e-mel: sbilurbina@firabarcelona.com
telefon: +34628162674
Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di: https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d0b5b3fa-5e84-4649-919e-accfcf53592e