LONDON, Dec. 03, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Emerging Markets Global Advisory LLP (EMGA) mengumumkan bahawa mereka telah menyelesaikan transaksi pertama mereka di Uzbekistan dengan memperoleh AS$30 juta daripada Dana OPEC untuk Pembangunan Antarabangsa (Dana OPEC).
Mengulas tentang transaksi itu, Pengerusi Ipak Yuli En.Saydakhmedov Saidabror berkata, “Kami berbesar hati menjadi bank swasta pertama di Uzbekistan yang menandatangani perjanjian dengan Dana OPEC. Ini merupakan langkah penting dalam menyokong pembangunan sektor Perniagaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS) di negara kami. Kami berkongsi nilai yang sama dengan Dana OPEC dalam memupuk keusahawanan dan yakin bahawa perkongsian ini akan meletakkan asas untuk mengembangkan kerjasama kami pada masa hadapan, menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang lebih jauh dan mewujudkan peluang baharu untuk perniagaan.”
Ketua Perbankan Pelaburan dan Pengarah Urusan EMGA, Sajeev Chakkalakal berkata, “Walaupun berada dalam persekitaran makroekonomi global yang mencabar, kami berbesar hati untuk menstrukturkan urus niaga ini dan memudahkan visi berterusan Ipak Yuli untuk menyokong PKS di Uzbekistan, serta pada masa yang sama membantu mengembangkan kehadiran operasi Dana OPEC yang berterusan di rantau ini.”
Ketua Operasi dan Pengarah Urusan EMGA Jeremy Dobson menambah, “EMGA gembira telah memperoleh pembiayaan ini untuk Ipak Yuli dan operasi tersebut akan mempelbagaikan lagi asas pembiayaan mereka dan memberi petanda baik untuk masa hadapan.”
Presiden Dana OPEC, Abdulhamid Alkhalifa berkata: “Perkongsian kami dengan Ipak Yuli Bank mencerminkan pendekatan bersasar kami dalam menyokong transformasi sektor swasta Uzbekistan. Dengan memudahkan akses kepada kewangan untuk perniagaan, termasuk yang diterajui oleh wanita, kami membantu membuka potensi mereka untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara yang mampan. Perkongsian ini bukan hanya mengenai pembiayaan—ia adalah mengenai menyokong sektor swasta yang lebih dinamik dan inklusif yang memupuk peluang ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat di seluruh Uzbekistan.”
Ipak Yuli merupakan sebuah bank inovasi komersial saham bersama di Uzbekistan. Ia telah ditubuhkan pada Disember 1990 dan menyediakan perkhidmatan perbankan kepada usahawan individu, perniagaan kecil dan sederhana, organisasi dan institusi negeri serta pelanggan korporat. Sebagai tambahan kepada rangkaian perkhidmatan perbankan dan operasi kredit yang luas, bank tersebut juga menjalankan operasi pemajakan, pemfaktoran dan pembiayaan projek. Ia mengendalikan urus niaga yang melibatkan wang tunai dan dana mata wang bukan tunai serta menjalankan operasi di pasaran saham bagi pihak pelanggan
Dana OPEC untuk Pembangunan Antarabangsa (Dana OPEC) merupakan satu-satunya institusi pembangunan yang diberi mandat global untuk menyediakan pembiayaan daripada negara anggota kepada negara bukan anggota secara eksklusif. Organisasi tersebut bekerjasama dengan rakan kongsi negara membangun dan komuniti pembangunan antarabangsa untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial di negara berpendapatan rendah dan sederhana di seluruh dunia. Dana OPEC, yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah memberikan komitmen melebihi AS$27 bilion untuk projek pembangunan di lebih daripada 125 negara, dengan anggaran jumlah kos keseluruhan projek melebihi AS$200 bilion. Dana OPEC dinilai AA+/Outlook Stable oleh Fitch dan AA+, Outlook Stable oleh S&P. Visi kami adalah untuk melihat sebuah dunia di mana pembangunan mampan merupakan realiti untuk semua.
Emerging Markets Global Advisory LLP (EMGA), dengan pejabat di London dan New York, membantu institusi kewangan dan korporat mencari modal hutang atau ekuiti baharu. Pasukan berbilang negara EMGA menggabungkan pengalaman beberapa dekad yang diperlukan untuk menyelesaikan transaksi bagi pihak pelanggan mereka dalam pasaran yang baharu muncul dan ekonomi sempadan di seluruh dunia, termasuk Uzbekistan yang kekal sebagai pasaran utama. Dengan rekod prestasi yang terbukti dalam pembentukan modal dan khidmat nasihat strategik menerusi kitaran ekonomi yang pelbagai, EMGA terus mengembangkan capaian secara geografi dan penawaran perkhidmatannya, mengukuhkan kedudukannya dalam parasan sebagai antara bank pelaburan khusus yang memfokuskan kepada pasaran baharu muncul terkemuka dalam industri.
Hubungi info@emergingmarketsglobaladvisory.com