SCARPERIA E SAN PIERO, Itali, June 23, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) — Bitget, bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 terkemuka, menjalin kerjasama dengan MotoGP, kelas tertinggi acara perlumbaan jalan motosikal, dalam perkongsian berintensiti tinggi yang menggabungkan kelajuan perlumbaan dengan ketepatan pegangan tinggi perdagangan kripto. Bitget, selaku Rakan Kongsi Serantau yang baharu bagi acara Grand Prix terpilih di Eropah dan Asia Tenggara, kini membawa dunia kripto terus ke litar perlumbaan dan memasuki lorong laju.
Bermula di Litar Mugello yang ikonik semasa Grand Prix Itali, kerjasama ini memasuki era baharu apabila kejuruteraan jitu bertemu ketangkasan algoritma dengan setiap saat, seperti setiap dagangan, mempunyai kuasa untuk menjadikannya berharga.
Perkongsian Bitget akan meluncur merentasi pelbagai acara MotoGP yang hebat pada tahun 2025, termasuk Itali, Jerman, Sepanyol dan Indonesia, menghimpunkan peminat sukan permotoran dan kripto di bawah satu panji-panji yang berkibar bagi prestasi, daya tahan dan kelajuan.
“Perlumbaan ialah sukan milisaat; kripto ialah pasaran keputusan mikro. Perkongsian ini ialah cara kami menunjukkan kepada dunia bahawa kejayaan — di landasan atau carta — berpunca dengan langkah bijak dan pelaksanaan tanpa gentar,” kata Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif di Bitget. “Kami teruja untuk bersama MotoGP dalam memberikan kuasa, ketepatan dan potensi kepada setiap pengguna dan peminat.”
Di tengah-tengah kempen ini ialah Juara Dunia MotoGP tiga kali, Jorge Lorenzo yang berusaha tanpa henti bagi mengejar kesempurnaan menjadikannya ikon yang sangat sesuai untuk slogan ikonik Bitget, “Make It Count (Biar berbaloi)”.
“Saya sentiasa percaya bahawa perlumbaan dimenangi bukan hanya dengan naluri — tetapi dengan menjadikan setiap pusingan, setiap garisan, setiap saat berharga. Cara berfikir inilah juga yang dibawa oleh Bitget dalam perdagangan dan saya bangga menjadi sebahagian daripada kisah ini,” kata Jorge Lorenzo. “Dunia MotoGP dan kripto sebenarnya tidaklah berbeza seperti yang disangka — kedua-duanya memberi ganjaran kepada mereka yang sentiasa cekap dan pantas berfikir.”
Kempen ini menampilkan pengaktifan tepi litar, pengalaman VIP eksklusif dan siri inisiatif digital merentas platform. Di Mugello, KOL dan pihak media akan mendapat akses di belakang tabir ke paddock dan interaksi pelumba, menggabungkan semua tenaga berintensiti tinggi di perlumbaan hujung minggu, dirangkumi pengalaman berjenama Bitget yang anggun.
“MotoGP dibina atas ketepatan, inovasi dan keputusan pantas — nilai yang sememangnya selari dengan Bitget,” ulas Ketua Pegawai Komersial MotoGP Dan Rossomondo.
Kerjasama ini menyusuli perkongsian utama Bitget dengan Lionel Messi, Juventus dan LALIGA, sekali gus memperkukuh rekod prestasinya dalam merapatkan jurang antara kripto dan budaya. Dengan lebih daripada 120 juta pengguna di seluruh dunia dan jumlah dagangan harian mencecah $20 bilion, Bitget terus mengubah naratif daripada ketidakstabilan kepada kemenangan.
Perihal Bitget
Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 120 juta pengguna di lebih daripada 150 buah negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses masa nyata kepada harga Bitcoin, harga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep merupakan dompet kripto tanpa jagaan terkemuka yang menyokong lebih daripada 130 rantai blok dan jutaan token. Ia menawarkan perdagangan berbilang rantaian, staking, pembayaran dan akses langsung kepada lebih daripada 20,000 DApp dengan pertukaran termaju serta cerapan pasaran yang disepadukan dalam satu platform tunggal. Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global kepada atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi menerima masa depan mata wang kripto.
Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com
Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman dan kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.
Perihal MotoGP
Lebih laju. Mara. Berani. Sejak tahun 1949, MotoGP™ telah berkembang menjadi jenama sukan dan hiburan global dengan legasi yang menakjubkan dan masa depan yang lebih mengujakan. Setiap musim, pelumba-pelumba terhebat dari seluruh dunia berkumpul untuk berlumba motosikal prototaip terpantas di beberapa litar lumba terhebat di dunia – mencipta sukan paling mengujakan di Bumi.
Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di:
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/03b113c6-2186-4508-9d93-c4a9a4891cff
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/40b635c2-4097-40b8-ab76-6b7f11ff6cf0