John Langdon Down Foundation Memenangi Anugerah Komuniti Global F1® Allwyn di Grand Prix Mexico

John Langdon Down Foundation Memenangi Anugerah Komuniti Global F1® Allwyn di Grand Prix Mexico

  • Inisiatif yang berpangkalan di Bandar Mexico menerima sumbangan berjumlah €100,000 daripada Allwyn untuk menyokong misinya dalam mencungkil potensi penuh kanak-kanak Sindrom Down

MEXICO CITY, Oct. 25, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) — Allwyn, syarikat hiburan multi-nasional yang diterajui loteri, dan Formula 1 telah mengumumkan John Langdon Down Foundation sebagai pemenang Anugerah Komuniti Global F1® Allwyn di Mexico dan penerima €100,000 (bersamaan lebih daripada Mex$2.1 juta). Sumbangan tersebut, ihsan daripada Allwyn, akan digunakan untuk meneruskan usaha positif yayasan itu dalam komuniti tempatan melalui program penjagaan dan pendidikan bersepadunya yang menyokong kanak-kanak Sindrom Down serta keluarga mereka.

Prof. Sylvia Garcia Escamilla, presiden John Langdon Down Foundation, memenangi Anugerah Komuniti Global F1® Allwyn di Autodromo Hermanos Rodriguez menjelang Grand Prix Mexico.

Beribu pejabat di Bandar Mexico — tempat berlangsungnya FORMULA 1® GRAN PREMIO DE LA CIUDAD DE MÉXICO 2025 pada 24 – 26 Oktober 2025 — John Langdon Down Foundation adalah institusi perintis yang berdedikasi untuk mempromosikan hak asasi manusia, maruah dan potensi individu Sindrom Down daripada semua peringkat umur. Yayasan ini menyedari bahawa kanak-kanak Sindrom Down di Mexico tidak selalunya bersedia untuk berjaya — keperluan pendidikan, kesihatan dan perkembangan biasanya ditangani secara berasingan, ini boleh menghalang peluang mereka untuk belajar dan berdikari.

Inisiatif yang memenangi anugerah yayasan ini bertujuan untuk menangani jurang ini dengan sumbangan yang diterima daripada Allwyn. Dalam tempoh 12 bulan akan datang, ia akan menyokong 89 orang kanak-kanak berusia 6-18 tahun dengan Sindrom Down untuk mencungkil potensi mereka dan memperkasakan anggaran 445 orang ahli keluarga (termasuk ibu bapa dan penjaga) dengan latihan dan sokongan. Dalam jangka masa yang lebih panjang, ia bertujuan untuk memberikan kanak-kanak ini lebih kemandirian dengan meningkatkan pendidikan, peluang pekerjaan dan keterangkuman sosial. Akhirnya, projek ini akan memberikan kesan sosial yang lebih meluas dengan mempamerkan keupayaan individu Sindrom Down — memecahkan stereotaip, mengubah persepsi dan memupuk masyarakat yang lebih menerima.

F1 telah menjadi penyokong utama bagi usaha yayasan ini selama beberapa tahun. Pada tahun 2022, ia telah membeli karya seni dan bingkai yang ditempah khas yang dicipta oleh individu Sindrom Down. Baru-baru ini, ia telah membuka peluang kepada para pelajarnya untuk mengambil bahagian dalam permainan dan aktiviti inklusif di litar Autodromo Hermanos Rodriguez, termasuk bertemu pemandu dan menguji kemahiran mereka dalam simulator perlumbaan.

Anugerah Komuniti Global F1® Allwyn yang dilancarkan tahun ini sebagai sebahagian daripada perkongsian berbilang tahun antara F1 dan Allwyn, mencerminkan komitmen bersama untuk memacu perubahan positif dan menyumbang kembali kepada komuniti di tempat mereka beroperasi.

Sepanjang musim 2025, sejumlah empat inisiatif tempatan yang berkaitan dengan F1 yang memberikan impak positif di negara masing-masing — yang mungkin merangkumi kemajuan dalam pendidikan, budaya, kesejahteraan dan kelestarian — akan dipilih oleh hakim untuk masing-masing memenangi sumbangan berjumlah €100,000 daripada Allwyn. Pemenang yang tinggal bagi musim ini akan disampaikan Anugerah Komuniti Global F1® Allwyn pada FORMULA 1® HEINEKEN LAS VEGAS GRAND PRIX 2025 (20-22 November 2025).

Cita-cita Allwyn adalah untuk meluaskan Anugerah ini bagi merangkumi lebih banyak perlumbaan pada musim 2026 dan seterusnya meraikan projek yang membawa perbezaan yang bermakna.

Andria Vidler, Ketua Pegawai Eksekutif Allwyn UK dan hakim Anugerah Komuniti Global F1® Allwyn, berkata: “Sebagai sebuah syarikat hiburan yang diterajui loteri, memberi semula kepada komuniti adalah teras kepada usaha kami dan dalah merupakan satu keistimewaan untuk mempamerkan dan memajukan lagi kerja cemerlang melalui perkongsian Allwyn dengan Formula 1 pada tahun ini. John Langdon Down Foundation adalah contoh inisiatif komuniti yang tulen yang bukan sahaja memudahcarakan perubahan positif untuk penerima manfaat langsung dan sistem sokongan mereka, tetapi inklusif secara intrinsik, memacu perubahan persepsi asas terhadap kumpulan yang terpinggir.”

Ellen Jones, Ketua ESG di Formula 1, berkata: “Usaha yang menginspirasikan daripada John Langdon Down Foundation sejajar rapat dengan bidang teras yang kami iktiraf melalui Anugerah ini — terutamanya dalam usaha mereka untuk meningkatkan pemerkasaan, pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak Sindrom Down. Inisiatif cemerlang ini memecahkan halangan sistemik, membantu kanak-kanak ini mencapai potensi penuh mereka. Kami begitu gembira untuk menonjolkan misi mereka dan memberikan impak yang ketara, membantu memupuk masyarakat yang lebih menyokong dan inklusif.”

Pemenang Anugerah Komuniti Global F1® Allwyn, Prof. Sylvia Garcia Escamilla, presiden John Langdon Down Foundation, berkata: “Matlamat kami adalah untuk memastikan setiap individu Sindrom Down diserapkan sepenuhnya dalam masyarakat dan memenangi Anugerah Komuniti Global F1® Allwyn membawa kami selangkah lebih dekat dalam merealisasikan impian ini. Jurang sistemik terbesar di Mexico ialah penjagaan yang terpecah yang menyebabkan potensi kanak-kanak Sindrom Down tidak dapat direalisasikan. Sumbangan murah hati daripada Allwyn ini akan membolehkan kami melaksanakan program yang menyediakan sistem sokongan bersepadu yang mencungkil perkembangan, memecahkan halangan dan dapat memupuk keterangkuman yang lebih besar yang melangkaui Mexico. Kami berterima kasih kepada Formula 1 dan Allwyn kerana mengiktiraf impak yang dibawa oleh yayasan kami dalam komuniti ini.”

Nota kepada Editor

Perihal Allwyn
Allwyn adalah sebuah syarikat hiburan permainan multi-nasional yang diterajui loteri dan mempunyai kedudukan pasaran utama serta jenama yang dipercayai di seluruh Eropah dan Amerika Utara. Matlamatnya adalah untuk menjadikan permainan lebih baik untuk semua dengan menumpukan terhadap inovasi, teknologi, keselamatan pemain dan mengembalikan lebih banyak dana kepada tujuan baik merentasi portfolio hiburan permainan kasual yang semakin berkembang.

Perihal Perkongsian Allwyn dengan Formula 1®
Perkongsian berbilang tahun dengan Formula 1® ini mewakili usaha ke arah peningkatan kesedaran global untuk Allwyn, dengan 24 perlumbaan sukan tersebut di seluruh dunia, 750 juta peminat dan 96 juta pengikut media sosial, serta jangkauannya merentasi saluran penyiaran dan outlet hiburan.

Perkongsian ini akan mengukuhkan kedudukan Allwyn sebagai jenama antarabangsa yang memacu impak komuniti di seluruh dunia bagi menyokong pelan pertumbuhan globalnya.

Inti pati perkongsian ini adalah pembangunan inisiatif yang akan menyokong cita-cita syarikat untuk menjadi penyumbang positif kepada masyarakat di peringkat global. Dengan Allwyn dan Formula 1® sama-sama komited untuk memperkasakan peminat dan komuniti tempatan, perkongsian ini akan memberi peluang kepada Allwyn untuk memanfaatkan pangkalan peminat antarabangsa sukan yang sentiasa berkembang bagi meraikan mereka yang membawa perubahan positif dan berkongsi kisah yang menginspirasikan ini pada peringkat global.

Perihal Formula 1®
Perlumbaan Formula 1® bermula pada tahun 1950 dan merupakan pertandingan perlumbaan motor paling berprestij di dunia, serta siri sukan tahunan yang paling popular di dunia. Formula One World Championship Limited adalah sebahagian daripada Formula 1® dan memegang hak komersial eksklusif untuk FIA Formula One World Championship™. Formula 1® adalah anak syarikat Liberty Media Corporation (NASDAQ: FWONA, FWONK, LLYVA, LLVYK) yang dikaitkan dengan saham penjejak Formula One Group. Logo F1, logo F1 FORMULA 1, FORMULA 1, F1, FIA FORMULA ONE WORLD CHAMPIONSHIP, GRAND PRIX, PADDOCK CLUB dan tanda yang berkaitan adalah tanda dagangan Formula One Licensing BV, sebuah syarikat Formula 1. Hak cipta terpelihara.

Foto yang disertakan bersama pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/42d32bbb-a8f8-47ab-94e4-62d5bb1bf8ff


            

Explore More Districts